
EBC Financial Group dan Brokeree Solutions Menempa Perkongsian Pengetahuan Strategik untuk Memperkasakan Komuniti Perdagangan Global
Kerjasama tersebut menggabungkan kepakaran perdagangan dan teknologi untuk menyampaikan strategi, pendidikan dan alat yang lebih pintar untuk pedagang di seluruh dunia
/EIN News/ -- LONDON, June 11, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- EBC Financial Group (EBC), pemimpin global dalam pembrokeran kewangan dan pengurusan aset, dengan sukacita mengumumkan perkongsian pengetahuan strategik dengan Brokeree Solutions, penyedia teknologi canggih yang memberi khidmat kepada broker berbilang aset di seluruh dunia. Kerjasama ini menandakan sebuah pencapaian penting dalam misi EBC bagi membina komuniti pelaburan yang telus dan dipacu pendidikan yang menggabungkan dua pemimpin industri untuk berkongsi kepakaran, teknologi inovatif dan cerapan tindakan demi manfaat kepada pedagang dan pelabur di seluruh dunia.
Teras kepada perkongsian ini ialah komitmen bersama dalam perkongsian pengetahuan dengan penekanan kuat kepada perdagangan salinan yakni ruang pesat berkembang yang memperkasakan kedua-dua pedagang baharu dan lama. EBC dan Brokeree akan bersama-sama membangunkan kandungan pendidikan dan cerapan praktikal yang disesuaikan untuk pedagang, broker dan penyedia isyarat dengan membantu mereka menggunakan alat pengurusan risiko yang berkesan, menerapkan amalan terbaik dan meningkatkan keseluruhan prestasi perdagangan mereka.
“Di EBC Financial Group, misi kami adalah untuk membina komuniti pelaburan telus dan terangkum yang memperkasakan pedagang melalui akses kepada alatan, cerapan dan pendidikan yang sesuai,” kata David Barrett, Ketua Pegawai Eksekutif EBC Financial Group (UK) Ltd. “Perkongsian pengetahuan dengan Brokeree Solutions ini lebih daripada hanya sekadar teknologi — kerjasama ini memanfaatkan kepakaran yang dikongsi untuk mencipta persekitaran perdagangan yang lebih yakin dan berpandukan hasil. Bersama-sama, kita sedang membina sebuah platform yang kedua-dua pedagang baharu dan lama boleh belajar, berkembang dan terus maju.”
Perkongsian Pengetahuan Bersandarkan Teknologi
Brokeree Solutions menyumbangkan sistem pelaburan Perdagangan Sosial siap gunanya yang membolehkan pengguna untuk mendaftar sebagai pedagang profesional atau pengikut secara langsung melalui platform broker. Sistem tersebut menampilkan kawalan kerugian tersukat/pengambilan keuntungan lanjutan, penyalinan perdagangan berkadar dan penapisan isyarat simbol khusus yang semuanya direka bentuk untuk menyokong perdagangan selamat dan fleksibel.
EBC melengkapkan ini dengan kepakaran pasaran globalnya, pendekatan berpusatkan pelabur dan komitmen terhadap ketelusan yang membantu pedagang memahami dan menggunakan perdagangan salinan sebagai alat pendidikan, yang sangat bernilai dalam landskap kewangan kini yang rumit. Dengan membolehkan alat bertaraf profesional diakses oleh khalayak yang lebih ramai, perkongsian tersebut mengubah perdagangan salinan menjadi laluan bagi pembangunan kemahiran dan penglibatan pasaran.
Siri Kandungan dan Webinar untuk Mengukuhkan Pengetahuan Perdagangan
Sebagai sebahagian daripada kerjasama berpandukan pengetahuan ini, EBC dan Brokeree memperkenalkan siri artikel bulanan bermula pada Mei ini yang meliputi pelbagai topik mengenai perdagangan dan pelaburan. Cerapan ini akan direka bentuk untuk menangani cabaran dunia nyata yang dihadapi oleh pedagang dan menyediakan strategi tindakan untuk meningkatkan prestasi, kawalan risiko dan pembuatan keputusan. Setiap artikel akan membincangkan kepakaran yang dikongsi antara kedua-dua syarikat dan akan diterbitkan merentas saluran digital untuk dimanfaatkan oleh komuniti perdagangan yang lebih meluas.
Tambahan lagi, perkongsian tersebut akan menampilkan siri webinar suku tahunan yang menggabungkan pedagang, broker dan penyedia isyarat untuk perbincangan mendalam bagi topik-topik berimpak tinggi. Webinar pertama yang akan dilancarkan tidak lama lagi akan meneroka Pengurusan Risiko, satu bidang penting bagi kedua-dua pedagang individu dan institusi. Sesi tersebut akan meneliti teknik praktikal, alat risiko pada tahap platform dan amalan terbaik untuk membantu peserta mengukuhkan disiplin perdagangan dan perlindungan modal mereka.
Inisiatif ini bukan sahaja bermatlamat untuk mendidik tetapi juga untuk memupuk penglibatan dan dialog dalam kalangan komuniti perdagangan yang memastikan pengetahuan mengalir ke dua-dua hala, daripada pakar kepada pengguna serta daripada baris hadapan perdagangan kepada golongan yang membentuk teknologi dan strategi.
"Kami menghargai kepercayaan pelanggan kami terhadap teknologi dan kepakaran kami. Perkongsian ini akan membolehkan pedagang dan penyedia isyarat di seluruh dunia untuk meneliti ciri perdagangan salinan lanjutan yang akan membantu menyesuaikan strategi perdagangan salinan dan meningkatkan kecekapan alat pengurusan risiko yang digunakan,” kata Tatiana Pilipenko, Ketua Pembangunan Perniagaan Rantau (APAC, UK, Amerika) di Brokeree Solutions. "Platform ini akan memperkasa broker untuk memupuk persekitaran perdagangan yang lebih terangkum dan berdasarkan risiko, seterusnya memacu pertumbuhan dan mengukuhkan hubungan dengan komuniti perdagangan."
Perkongsian pengetahuan ini menekankan visi yang dikongsi EBC dan Brokeree: masa depan yang menggabungkan teknologi, pendidikan dan ketelusan untuk memperkasakan pedagang di seluruh dunia. Memandangkan pasaran kewangan berkembang secara semakin rumit, kerjasama ini bermatlamat untuk melengkapkan setiap pedagang - daripada pemula kepada pakar - dengan alatan, keyakinan dan kefahaman yang mereka perlukan untuk membuat keputusan yang lebih bijak dan lebih termaklum.
Melalui kerjasama ini, EBC dan Brokeree bukan sahaja memajukan masa depan perdagangan salinan, malahan juga membina asas kepada komuniti pelaburan yang lebih termaklum, terhubung dan bersemangat.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang EBC dan Brokeree, sila lawati https://www.ebc.com dan brokeree.com.
Penafian:
Dagangan Kontrak untuk Perbezaan (CFD) melibatkan risiko besar kehilangan kewangan pantas disebabkan pengaruh yang menjadikannya tidak sesuai untuk semua pelabur; oleh sebab itu, penilaian teliti ke atas objektif, kepakaran dan kesanggupan risiko adalah penting sebelum penglibatan.
Perihal EBC Financial Group
Ditubuhkan di daerah kewangan yang dihormati di London, EBC Financial Group (EBC) terkenal dengan kepakarannya dalam pembrokeran kewangan dan pengurusan aset. Dengan pejabat di hab kewangan utama termasuk London, Sydney, Hong Kong, Singapura, Kepulauan Cayman, Bangkok, Limassol dan pasaran baru muncul di Amerika Latin, Asia dan Afrika, EBC membolehkan pelabur runcit, profesional dan institusi mengakses pelbagai pasaran global dan peluang perdagangan, termasuk mata wang, komoditi, saham dan indeks.
Diiktiraf dengan pelbagai anugerah, EBC komited untuk mendukung piawaian etika dan anak-anak syarikat ini dilesenkan dan dikawal selia dalam bidang kuasa masing-masing. EBC Financial Group (UK) Limited dikawal selia oleh Financial Conduct Authority (FCA) UK; EBC Financial Group (Cayman) Limited dikawal selia oleh Cayman Islands Monetary Authority (CIMA); EBC Financial Group (Australia) Pty Ltd dan EBC Asset Management Pty Ltd dikawal selia oleh Australian Securities and Investments Commission (ASIC); EBC Financial (MU) Ltd diberikan kuasa dan dikawal selia oleh Financial Services Commission Mauritius (FSC).
Teras EBC terdiri daripada pasukan veteran industri dengan lebih 40 tahun pengalaman dalam institusi kewangan utama. EBC telah mengharungi kitaran ekonomi utama dari Plaza Accord dan krisis franc Swiss 2015 hingga pergolakan pasaran akibat pandemik COVID-19. Kami memupuk budaya yang mengutamakan integriti, rasa hormat dan keselamatan aset pelanggan, memastikan setiap hubungan pelabur dikendalikan dengan kesungguhan yang sewajarnya.
Sebagai Rakan Kongsi Pertukaran Asing Rasmi FC Barcelona, EBC menawarkan perkhidmatan khusus di rantau seperti Asia, LATAM, Timur Tengah, Afrika dan Oceania. Melalui kerjasama dengan Yayasan PBB dan United to Beat Malaria, EBC menyumbang kepada inisiatif kesihatan global. EBC juga menyokong siri penglibatan awam 'What Economists Really Do' oleh Jabatan Ekonomi Universiti Oxford yang membantu untuk membetulkan kecelaruan terhadap ekonomi dan aplikasinya kepada cabaran utama masyarakat serta memupuk pemahaman dan dialog awam yang lebih luas.
Perihal Brokeree Solutions
Diasaskan pada tahun 2013, Brokeree Solutions telah meningkatkan teknologi untuk broker berbilang aset secara konsisten di seluruh dunia. Dengan memanfaatkan pengalaman meluas, syarikat tersebut menyumbang kepada bidang teknologi kewangan bagi industri perdagangan dalam talian dengan membangunkan penyelesaian inovatif, memperkemas prosedur operasi dan menyediakan sistem pengurusan risiko lanjutan.
Tawaran utama Brokeree termasuk Perdagangan Sosial merentas platform, Prop Pulse, Liquidity Bridge dan PAMM merentas pelayan. Selain itu, Brokeree menyediakan lebih daripada 50 penyelesaian dan alat yang direka bentuk untuk membantu broker menambah baik operasi mereka dalam bidang seperti pengurusan akaun, pengurusan risiko dan pengurusan kecairan, yang boleh diakses oleh broker menggunakan platform perdagangan MT4, MT5, cTrader dan DXtrade CFD.
Hubungan Media:
Savitha Ravindran
Pengurus Perhubungan Awam Global
savitha.ravindran@ebc.com
Michelle Siow
Pengarah Jenama & Komunikasi
michelle.siow@ebc.com


Distribution channels: Banking, Finance & Investment Industry, Companies ...
Legal Disclaimer:
EIN Presswire provides this news content "as is" without warranty of any kind. We do not accept any responsibility or liability for the accuracy, content, images, videos, licenses, completeness, legality, or reliability of the information contained in this article. If you have any complaints or copyright issues related to this article, kindly contact the author above.
Submit your press release