Questions? +1 (202) 335-3939 Login
Trusted News Since 1995
A service for global professionals · Wednesday, May 28, 2025 · 816,956,423 Articles · 3+ Million Readers

Bitget Memberikan Pengalaman yang Mengagumkan: Akses VIP ke Pertarungan Karate Combat KC54 Dubai UFC

/EIN News/ -- DUBAI, Emiriah Arab Bersatu, May 27, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- Bitget, sebuah bursa mata wang kripto dan syarikat Web3 yang terkemuka memeriahkan lagi Token2049 dengan pengalaman eksklusif di tepi gelanggang di Karate Combat KC54 di Dubai pada 2 Mei. Bayangkan serangan berintensiti tinggi, layanan VIP dan malam yang menggegarkan, sehinggakan blok rantai turut merasakan impaknya.

Tahun ini, Bitget membawakan pengalaman premium ke tahap baharu yang menempatkan peminat kripto betul-betul di barisan hadapan aksi. VIP kehormat Bitget menyaksikan pertarungan sengit antara pejuang bertaraf dunia sambil menikmati hidangan mewah dan minuman premium di bahagian eksklusif VIP yang dikhaskan untuk pempengaruh Bitget serta tetamu istimewa.

Dengan kehadiran kira-kira 4,000-5,000 peminat pertarungan yang galak bersorak, suasana di pentas utama Dubai sarat dengan tenaga. Ketua Pegawai Operasi Bitget, Vugar Usi Zade, mengungkapkan semangat acara ini dengan sempurna: "Perdagangan kripto dan sukan tempur memerlukan kualiti yang sama iaitu refleks pantas, pemikiran strategik dan keberanian luar biasa. Kami teruja dapat memberikan peluang eksklusif ini kepada komuniti kami untuk menikmati pertandingan bertaraf dunia secara dekat. Sama ada anda sedang menganalisis carta atau teknik pertarungan, di sinilah juara dilahirkan."

Robert Bryan, Ketua Pegawai Eksekutif Karate Combat menyatakan "KC54 menandakan pencapaian penting dalam perjalanan kami dan kehadiran Bitget sebagai penaja telah memperkukuhkan lagi komitmen kami terhadap inovasi dalam sukan tempur. Sokongan mereka membantu kami membawakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan, yang menggabungkan tradisi dengan teknologi terkini.

Asim Zaidi, Presiden Karate Combat turut menambah, "Kerjasama dengan Bitget untuk KC54 merupakan satu perubahan besar. Penglibatan Bitget bukan sahaja meningkatkan profil acara, malah turut menekankan sinergi antara seni mempertahankan diri dan landskap digital yang semakin berkembang."

Acara ini menandakan satu lagi kerjasama strategik bagi Bitget dalam dunia sukan tempur berikutan kejayaan mereka berkolaborasi dengan atlet tempur profesional seperti Juara Gusti Dunia, Buse Tosun Çavuşoğlu dan Pemenang Pingat Emas Tinju, Samet Gümüş (Tinju). Dengan mencipta pengalaman langsung yang eksklusif ini, Bitget terus membina hubungan bermakna antara komuniti kripto dan acara sukan berprestij.

Jyotsna Hirdyani, Ketua Bitget Asia Selatan yang mengendalikan acara ini berkongsi pandangan beliau. "Inilah masa depan. Dari blok rantai hinggalah ke bidang sukan, kripto sedang merevolusikan industri buat selama-lamanya. Inilah yang terjadi apabila sukan dan hiburan bergabung dengan teknologi blok rantai. Ia merupakan peralihan budaya yang memperlihatkan semakin banyak gabungan antara sukan dengan kripto. Ini yang dikatakan persilangan sebenar."

Kerjasama ini mengukuhkan komitmen Bitget dalam memberikan pengalaman unik dan bernilai tinggi kepada komuniti Bitget. Sama seperti perdagangan, masa yang tepat menjadi faktor terpenting, dan pada 2 Mei di Dubai, kripto bergabung dengan sukan tempur dalam pertarungan yang akan kekal diingati. Bitget meneruskan fokus dalam usaha untuk mencipta nilai nyata bagi komuniti kripto di luar batasan antara muka digital.

Perihal Bitget

Ditubuhkan pada tahun 2018, Bitget merupakan sebuah bursa mata wang kripto dan Web3 yang terkemuka di dunia. Memberi perkhidmatan kepada lebih 100 juta pengguna di lebih 150 negara dan rantau, bursa Bitget komited untuk membantu pengguna berdagang dengan lebih bijak melalui ciri perdagangan salinan perintisnya dan penyelesaian perdagangan lain. Bitget turut menawarkan akses secara masa nyata kepada harga Bitcoinharga Ethereum serta harga mata wang kripto yang lain. Bitget Wallet yang sebelum ini dikenali sebagai BitKeep, merupakan dompet kripto berbilang rantaian bertaraf dunia yang menawarkan pelbagai penyelesaian dan ciri Web3 yang komprehensif, termasuk kefungsian dompet, pertukaran token, NFT Marketplace, pelayar DApp dan pelbagai lagi.

Bitget berada di barisan hadapan dalam memacu penggunaan kripto melalui perkongsian strategik, antaranya berperanan sebagai Rakan Kongsi Kripto Rasmi Liga Bola Sepak Terunggul Dunia, LALIGA, dalam pasaran TIMUR, SEA dan LATAM, termasuk menjadi rakan kongsi global atlet Kebangsaan Turki Buse Tosun Çavuşoğlu (Juara gusti dunia), Samet Gümüş (Pemenang pingat emas tinju) dan İlkin Aydın (Pemain pasukan bola tampar kebangsaan), untuk memberikan inspirasi kepada komuniti global bagi merangkul masa depan mata wang kripto.

Untuk maklumat lanjut, layari: Laman web | Twitter | Telegram | LinkedIn | Discord | Bitget Wallet

Untuk pertanyaan media, sila hubungi: media@bitget.com

Amaran Risiko: Harga aset digital tertakluk kepada turun naik dan mungkin mengalami ketidakstabilan yang ketara. Pelabur disarankan agar hanya memperuntukkan dana yang mereka bersedia tanggung jika berlaku kerugian. Nilai mana-mana pelaburan boleh terjejas dan terdapat kemungkinan bahawa objektif kewangan mungkin tidak tercapai serta pelaburan pokok tidak dapat diperoleh semula. Nasihat kewangan bebas harus sentiasa diperoleh dan pengalaman kewangan peribadi serta kedudukan kewangan perlu dipertimbangkan dengan teliti. Prestasi pada masa lalu bukanlah penunjuk prestasi masa hadapan yang boleh dipercayai. Bitget tidak bertanggungjawab atas apa-apa kerugian yang mungkin dialami. Tiada apa-apa yang terkandung di sini harus dianggap sebagai nasihat kewangan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Syarat Penggunaan kami.

Perihal Karate

Karate Combat merupakan liga karate sentuhan penuh yang terkemuka di dunia, dan terkenal dengan pendekatan yang inovatif dalam hiburan sukan tempur. Karate Combat terkenal dengan gaya pertarungan yang unik dan pantas, yang pada asasnya merupakan seni mempertahankan diri campuran atau MMA tanpa pertarungan di atas tanah. Karate Combat menyajikan aksi perlawanan bertenaga dan hampir separuh daripadanya berakhir dengan kalah mati. Dengan lebih 7 juta pengikut, ratusan juta tontonan setiap bulan dan lebih 100,000 pengguna aktif aplikasi, Karate Combat berada di barisan hadapan dalam menggabungkan sukan, teknologi dan pengalaman yang dipandu oleh komuniti.

Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di

https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/c42afdf6-d6ba-4c86-9956-11a55ab53e57

https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/7491be04-23bb-4a08-adea-298413bc3465

https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/11cf807e-3ef9-44f5-8645-11265a51e617

https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/3b65cc5e-9dd9-4842-9b2c-cb12d08b16d6


Primary Logo

Powered by EIN News

Distribution channels: Banking, Finance & Investment Industry, Companies, Culture, Society & Lifestyle ...

Legal Disclaimer:

EIN Presswire provides this news content "as is" without warranty of any kind. We do not accept any responsibility or liability for the accuracy, content, images, videos, licenses, completeness, legality, or reliability of the information contained in this article. If you have any complaints or copyright issues related to this article, kindly contact the author above.

Submit your press release